Tempoh Krisis Sekarang Adalah Waktu Terbaik Untuk Beli Saham Malaysia?

1,045

Seperti ekonomi negara-negara membangun yang lain, Malaysia juga turut mengalami kemerosotan pasaran saham ekoran terjejas oleh penularan wabak pandemik COVID-19.

Namun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Areca Capital Sdn Bhd, Danny Wong Teck Meng, ini adalah waktu yang sesuai buat para pelabur untuk pembelian saham di Malaysia dengan nilai yang rendah.

Tambah beliau lagi, ini adalah peluang yang jarang sekali muncul di waktu krisis seperti ini berbanding pada dagangan normal. Krisis pandemik akan berlalu pergi, namun pasaran akan kembali diteruskan semula seperti biasa.

Indeks KLCI Bursa Malaysia telah mengalami penyusutan sehingga 15% pada suku pertama. Nilai saham mencecah paras terendah sejak hampir sedekad. Namun peningkatan telah dipamerkan sekitar 11% kenaikan dari paras terendah pada 19 Mac lalu.

Data pertukaran asing menunjukkan dana Institusi tempatan telah menyumbang pembelian saham dengan nilai mencapai $1.1 bilion dolar pada Mac manakali pembelian bersih adalah oleh pelabur asing.

Jika langkah sekatan pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dapat meningkatkan pemulihan lebih pantas terhadap krisis Coronavirus, ekonomi negara dijangka akan pulih dengan segera.

Untuk info tambahan, Malaysia menjulang tempat teratas dalam kategori penjagaan kesihatan yang terbaik di dunia untuk tahun 2019. Para petugas kesihatan di Malaysia kini sedang bekerja keras berdepan krisis pandemik yang melanda negara.

Dengan kadar pemulihan di Malaysia, keyakinan pelabur akan kembali meningkat dan pasaran saham Malaysia bakal menjadi tumpuan awal oleh para pelabur.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat