Tenang, Raja Matawang Ini Masih Boleh Duduk Diam

775

US dolar sedikit susut pada awal sesi Eropah, dengan pergerakan matawang utama lain juga terhad selepas meraih keuntungan daripada pembacaan data inflasi AS yang menunjukkan perlambatan pada bulan Julai.

Indeks dolar didagangkan di sekitar harga 92.85 berbanding sekumpulan matawang utama, susut daripada paras ketinggian empat bulan 93.19 yang dicapainya pada hari Rabu.

Tumpuan pasaran seterusnya ditumpukan kepada pengeluaran data indeks harga pengeluar (PPI) AS pada malam ini yang juga dijangka akan menunjukkan peningkatan lebih perlahan berbanding bacaan sebelumnya.

Terdahulu, pertumbuhan yang melambat dalam indeks harga pengguna AS (CPI) pada Julai telah menyokong pandangan Federal Reserve (Fed) bahawa inflasi bersifat sementara, sekali gus mengurangkan jangkaan pasaran untuk pengurangan rangsangan lebih cepat dari Fed.

Namun, beberapa pembuat dasar Fed terus mengeluarkan kenyataan hawkish untuk bersedia mengurangkan pembelian bon. Robert Kaplan mengatakan bank pusat harus mengumumkan garis masa untuk mengurangkan pembelian bon besar-besaran bulan depan dan mula menurunkannya pada bulan Oktober.

Ini menyebabkan dagangan US dolar terus bertahan di sekitar paras tertinggi berbanding pesaing utama lain walaupun sedikit susut.

Sementara itu, matawang euro terus cuba mencatatkan pemulihan dengan mendaki semula dari paras terendah di tengah penyusutan US dolar. Bagaimanapun, kenaikan yang dicatatkan agak terbatas berikutan ketiadaan data ekonomi utama untuk menyokong kebangkitan lebih kuat.

Dalam pada itu, peningkatan yang dicatatkan matawang antipodean juga terbatas ketika ancaman penularan Covid-19 di Australia terus menekan dagangan dolar Aussie.

Dolar kiwi pula gagal meningkat lebih jauh walaupun jangkaan inflasi meningkat. Kesuraman dagangan ini disebabkan oleh Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang mengatakan negara itu masih belum bersedia untuk dibuka semula sepenuhnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat