Tencent Akan Beli Syarikat Pembuat Permainan Hong Kong, Leyou

248

Syarikat teknologi gergasi China, Tencent telah mengadakan sebuah perbincangan bagi membeli Leyou Technologies, iaitu sebuah syarikat pembuat permainan yang terletak di Hong Kong. Selain itu, syarikat berkenaan juga mempunyai sejumlah anak syarikat yang membangunkan permainan video. Salah sebuah permainan yang terkenal ialah Warframe yang dibangunkan oleh anak syarikatnya, Digital Extremes.

Tambahan daripada itu, syarikat tersebut turut bercadang untuk memperkenalkan permainan berdasarkan francais “The Lord of the Rings” dan bekerjasama dengan sektor permainan Amazon.

Di samping itu, Leyou didakwa telah menandatangani perjanjian eksklusif dengan Tencent Mobility Limited, anak syarikat Tencent. Tencent Mobility ingin membeli Leyou dan mengambilnya secara peribadi.

Menurut Piers Harding-Rolls, ketua penyelidikan permainan di Ampere Analysis, mendedahkan bahawa Leyou sebelum ini merupakan sebuah syarikat pemprosesan makanan sebelum beralih kepada sektor pembuatan permainan dan membeli anak syarikat seperti Digital Extremes dan Splash Damage.

Selain itu, Leyou didakwa tidak dapat bertahan kerana persaingan baru yang sengit. Oleh yang demikian, mereka terpaksa untuk menjualnya. Namun begitu, perbincangan bersama Tencent masih berjalan dan belum menemui kata putus.

Oleh yang demikian, syarikat itu telah menghentikan perdagangan sahamnya sementara menunggu pengumuman pengambilalihan masuk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat