Rentetan daripada penerbitan data inflasi Amerika Syarikat pada Selasa, pelabur kini mempersoalkan bagaimana ia akan mempengaruhi keputusan Federal Reserve (Fed) seterusnya.
Beberapa penggubal dasar bank pusat telah memberi pandangan mereka tentang bacaan terbaharu data tersebut.
Presiden Fed Richmond, Thomas Barkin
- Fed mungkin perlu menaikkan kadar faedah lebih tinggi daripada jangkaan sebelum ini.
- Ia akan mengambil sedikit masa untuk mengembalikan inflasi kepada sasaran.
- Kadar yang tinggi perlu kekal untuk tempoh masa lebih lama.
Presiden Fed Dallas, Lorie Logan
- Fed mesti bersedia untuk terus naikkan kadar lebih lama daripada yang dijangkakan.
- Pengetatan yang terlalu sedikit adalah risiko terbesar untuk bank pusat
Presiden Fed Philadelphia, Patrick Harker
- Fed belum selesai dalam perangi inflasi, tetapi mungkin sudah hampir.
- Kadar faedah mungkin perlu terus dinaikkan melebihi 5% dengan kenaikan 25 mata asas.
Presiden Fed New York, John Williams
- Tinjauan untuk kadar faedah Fed menjelang akhir tahun sekitar 5%-5.50% kelihatan munasabah.
- Usaha bank pusat untuk mengawal inflasi masih belum selesai.
- Terdapat risiko yang mungkin perlu menaikkan kadar faedah lebih tinggi daripada dijangkakan pada masa ini.
Meneliti keempat-empat kenyataan tersebut, dapat dinilai bahawa pegawai Fed masih menunjukkan keterbukaan mereka untuk melanjutkan kenaikan kadar faedah.
Buat masa ini, pelabur meletakkan jangkaan bahawa kadar rasmi Fed akan meningkat sekitar 5%-5.25%.