Tepati Jangkaan, EUR/USD Teruskan Kenaikan Capai Sasaran $1.1000!

195

Tekanan semakin meningkat buat US dolar yang sudah bergerak lemah sejak minggu sebelum ini, menyaksikan penyusutan lebih ketara nilai raja mata wang itu di sesi New York semalam.

Walaupun data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) catat angka yang meningkat, namun tumpuan terarah kepada ucapan oleh gabenor Federal Reserve (Fed) Christopher Waller.

Waller yang dikenali sebagai seorang yang ‘hawkish’ memberi pandangan untuk langkah pemotongan kadar faedah oleh Fed dalam beberapa bulan akan datang.

Petunjuk dovish tersebut telah menambahkan lagi kecenderungan dasar monetari Fed ke arah fasa pelonggaran dan sekaligus mendorong kejatuhan ketara US dolar.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, corak kenaikan harga jelas diteruskan seperti yang telah dijangkakan penganalisis.

Pada mulanya harga mendatar perlahan dan sedikit tergelincir di awal sesi Eropah semalam ke sekitar 1.09400, namun dilihat disokong oleh paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Harga kemudiannya melonjak dari paras sokongan MA50 itu dan akhirnya mencapai paras sasaran di sesi New York iaitu pada rintangan 1.10000.

Ada reaksi yang dipaparkan harga menguji rintangan tersebut yang sedikit berundur turun, namun harga hampiri semula sekitar tersebut pada penutup sesi New York.

Pergerakan harga perlahan di sekitar zon itu menyambung pembukaan dagangan sesi Asia pagi ini (Rabu).

Trend kekal bullish dengan jangkaan kenaikan harga akan diteruskan pada sesi-sesi berikutnya.

Namun pelabur akan berhati-hati memerhatikan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) di sesi New York malam nanti selepas meneliti dahulu data inflasi Jerman di sesi Eropah.

Jangkaan untuk kenaikan yang bakal diteruskan adalah menguji zon sekitar 1.10700 sebelum dilanjutkan menuju paras tumpuan pada ketinggian 1.11000.

Ini akan menjadi paras tertinggi terbaru harga untuk tempoh dagangan 4 bulan.

Sementara, jika berlaku penurunan harga pula, susut kembali di bawah paras 1.10000 akan melihatkan harga menguji paras sokongan MA50 sebelum menentukan perubahan trend.

Bakal menjadi isyarat bearish apabila harga tembus MA50 sebelum sasaran akan mula terarah semula hingga ke sekitar 1.08000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat