Terbang Bersama Emirates Dengan Insurans COVID-19 Percuma

163

Menarik tetapi berisiko tinggi! Mungkin itu gambaran tepat mengenai tawaran perlindungan oleh penerbangan Emirates kepada pelanggannya yang ingin melancong menggunakan perkhidmatan mereka.

Insurans COVID-19 yang ditawarkan secara percuma itu memberi perlindungan menyeluruh bagi kesemua kelas termasuk rawatan perubatan, penginapan kuarantin dan kos pengebumian jika penumpang mereka didapati positif koronavirus ketika dalam perjalanan.

Tawaran tersebut tidak memerlukan pendaftaran dan terbuka sehingga hujung Oktober ini, sah selama 31 hari dari hari bermulanya perjalanan penumpang mereka.

Insurans tersebut dikatakan menanggung perbelanjaan perubatan sehingga $176,500 termasuk penginapan kuarantin di hotel untuk dua minggu dengan caj €100 sehari dan €1,500 untuk kos pengebumian.

Emirates satu-satunya penerbangan yang menawarkan insurans ini sepanjang pandemik COVID-19 untuk menggalakkan lebih ramai penduduk dunia ‘terbang’ menggunakan perkhidmatan mereka, dengan jaminan keselamatan penumpang.

Persoalannya, sanggupkah anda gadaikan nyawa untuk lepaskan keinginan melancong ke luar negara?

Buat masa sekarang Emirates memiliki 60,000 kakitangan. Sebelum ini pihak mereka telah memansuhkan 9,000 peluang pekerjaan dan dijangka lagi 15% pekerjaan akan dimansuhkan, kesan daripada wabak pandemik.

Industri penerbangan pada tahun ini menyaksikan penyusutan mendadak iaitu 50% berbanding 2019 dengan kerugian melebihi $84 bilion pada 2020 kerana sekatan kemasukan negara dan kebimbangan terhadap jangkitan ketika melancong.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat