Terciduk Sebab Data, Emas Turun Laju!

407

Emas terus mengalami susut nilai selepas data terbaru daripada Amerika Syarikat mengukuhkan lagi jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) pada bulan depan.

Sesi Asia memperlihatkan harga emas berlegar pada paras harga $1,910 per auns, sementara niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,916 per auns.

Logam kuning itu mencecah paras terendah $1,902 sebaik sahaja data ADP menunjukkan pertambahan terbesar sejak Februari 2022 dalam pekerjaan sektor swasta pada bulan Jun.

Sementara itu, sektor perkhidmatan ISM pula berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada bulan Jun, disokong oleh pesanan baharu yang meningkat.

Data yang memberangsangkan itu telah memacu lonjakan US dolar dan kenaikan hasil perbendaharaan AS 10 tahun lebih tinggi kepada 4.05%.

Ekoran daripada itu, pelabur kini menguatkan lagi jangkaan untuk Fed menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat FOMC Julai.

Namun, pelabur akan memberi tumpuan terlebih dahulu kepada data NFP AS pada malam ini yang dijangka mencatat pertambahan pekerjaan lebih perlahan dan kadar pengangguran turun sedikit pada 3.6%.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat