Tergempar! 8 Permohonan Spot Ethereum ETF Akhirnya Diluluskan SEC!

618

“Nampak macam terkial-kial lagi nak naik, mungkin kena tunggu lama sikit baru ETH meroket laju kot.”

Setelah sekian lama menunggu, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) akhirnya meluluskan spot Ethereum (ETH) ETF yang merupakan keputusan paling dinanti-nantikan selepas spot Bitcoin (BTC) ETF.

Pada pemfailan 23 Mei, SEC meluluskan pemfailan 19b-4 daripada VanEck, BlackRock, Fidelity, Grayscale, Franklin Templeton, ARK 21Shares, Invesco Galaxy dan Bitwise yang akan membenarkan spot ETH ETF disenaraikan serta didagangkan pada bursa masing-masing.

Memang tidak dinafikan 19b-4 telah diluluskan, tetapi penerbit ETF masih memerlukan SEC bagi menandatangani penyata pendaftaran S-1 spot ETF ETF mereka untuk memulakan dagangan secara rasmi.

Meskipun begitu, para penganalisis industri mendedahkan bahawa perkara perlu dilakukan itu memakan masa bukan sahaja berhari-hari atau minggu bahkan berbulan-bulan.

Kelulusan SEC datang sehari selepas ahli Dewan Perwakilan AS mengundi menyokong perundangan yang ramai percaya akan memberikan lebih banyak kejelasan peraturan pada industri mata wang kripto yang kian berkembang.

Diperjelaskan lebih lanjut, Akta Inovasi Kewangan dan Teknologi untuk Abad Ke-21 (FIT21) akan menjelaskan peranan SEC dan Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC) tetapi ia masih perlu diluluskan oleh Senat serta ditandatangani menjadi undang-undang.

Suka dimaklumkan bahawa kelulusan spot ETH ETF telah datang empat setengah bulan sejurus selepas SEC meluluskan beberapa permohonan spot BTC ETF pada 10 Januari 2024.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat