Tergempar! Affin Bank Jadi Bank Malaysia Pertama Tawar Dana Kripto ETF!

4,025

“Entah-entah bukan Affin Bank je, bank lain pun mungkin dah sertai kripto tapi senyap-senyap.”

Pada awal pagi ini, Malaysia dikejutkan berita berhubung kerjasama sebuah firma pengurusan dana tempatan dipanggil Cross Light Capital dan Affin Bank yang bertindak melancarkan dana diurus secara aktif khusus bagi aset digital.

Dilaporkan, Performa Digital Asset Fund yang baru dilancarkan bertujuan menawarkan pendedahan pada aset digital melalui dana dagangan bursa (ETF) dan produk dagangan bursa (ETP) yang menyasarkan para pelanggan perbankan utama.

Diedarkan secara eksklusif melalui suite Affin Invikta jemputan sahaja Affin Bank, dana tersebut melabur dalam Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) dan firma berkaitan blockchain seperti Coinbase Global Inc serta Ubisoft Entertainment SA melalui instrumen pelaburan didagangkan secara terbuka.

Menurut Cross Light Capital, Performa Digital Asset Fund memperuntukkan pelaburannya sama rata di mana satu pertiga didedikasikan bagi BTC ETP, satu pertiga lagi pada ETH ETP dan bahagian selebihnya pada ekuiti berkaitan blockchain.

Selain toleransi tinggi terhadap risiko, dana tersebut yang memenuhi keperluan pelabur canggih turut menjangkakan pengeluaran maksimum 30% sehingga 60% dalam mana-mana tempoh satu tahun.

Oleh demikian, pelabur dinasihatkan mempunyai perspektif jangka panjang lima hingga sepuluh tahun dan perlu diketahui pelaburan minimum awal ditetapkan pada $1,000 kemudian caj jualan permulaan 5% dan yuran pengurusan tahunan 2%.

Menurut Jason Lee, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Pelaburan Cross Light Capital berkata perkongsiannya bersama Affin Bank telah membenarkannya menavigasi ruang aset digital termasuk menyediakan pelanggannya pelaburan canggih melangkaui kelas aset tradisional.

Sementara Ketua Pengurusan Kekayaan Affin Bank Calvin Goon Cheng Yu menekankan dedikasi bank bagi memberikan nilai luar biasa kepada pelanggannya seperti menawarkan akses pada dana aset digital Cross Light Capital dan mempelbagaikan portfolionya serta memanfaatkan potensi ekonomi digital.

Suka dimaklumkan pemegang amanah dana adalah MTrustee Bhd, juruaudit luarnya Crowe Malaysia PLT kemudian Interactive Brokers LLP pula bertindak sebagai broker serta penjaga utama dan paling penting pelaburan dipermudahkan melalui dana borong diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat