Tergempar! Bank Kedua Terbesar Eropah Ini Beli Saham ETF BTC BlackRock!

547

“BNB Paribas pun berminat beli saham IBIT, yang institusi lain bila lagi?”

BNB Paribas, bank kedua terbesar di Eropah dilaporkan bertindak membeli sejumlah saham dalam iShares Bitcoin Trust (IBIT) BlackRock, menurut pemfailan borang 13F bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC).

Pemfailan itu yang dibuat pada 1 Mei 2024 telah melihat BNB Paribas membeli 1,030 saham IBIT bernilai $42,648 di mana harganya $40 sesaham iaitu masih di bawa Bitcoin (BTC) yang kini didagangkan lebih $59,000.

Memang tidak dinafikan pasaran kripto pada awal tahun telah menyaksikan perkembangan penting dengan kelulusan spot BTC ETF di Amerika Syarikat (AS), tetapi yang paling terbukti adalah IBIT BlackRock.

BlackRock yang merupakan firma pengurusan aset bernilai $9 trilion telah mendahului penawaran pelaburan BTC dan kini, BNB Paribas akhirnya berjaya mencapai kejayaan tersebut susulan ia membeli saham IBIT.

Pemerolehan tersebut didedahkan dalam pemfailan baharu dengan SEC yang menunjukkan transaksi itu berlaku pada awal bulan ini, jadi di sini dapat dilihat ia merupakan perkembangan ketara untuk pasaran kripto secara keseluruhan.

Suka dimaklumkan BNP Paribas kini adalah contoh pertama disahkan bagi institusi kewangan yang membeli saham sedemikian dan perlu diketahui juga ia akan memacu institusi selanjutnya dalam BTC melalui spot BTC ETF.

Pada sisi berbeza, spot BTC ETF dalam beberapa hari kebelakangan ini telah melihat aliran keluar secara berterusan setelah Federal Reserve (Fed) memutuskan pengekalan kadar faedah tidak berubah yang menyebabkan palabur menjauhkan diri daripada aset berisiko seperti saham dan kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat