Tergempar! Binance Umum Hentikan Perkhidmatan Derivatif Untuk 3 Negara Ini!

10,110

Platform pertukaran kripto yang terkemuka di dunia, Binance telah mengumumkan bahawa Binance akan menghentikan perkhimatan produk kripto niaga hadapan dan derivatif untuk tiga buah negara Eropah. Antara negara yang terlibat ialah Belanda, Itali dan Jerman yang diberi masa tiga bulan untuk membuat persiapan terakhir.

Berdasarkan pengumuman yang disiarkan pada 30 Julai, pelanggan dari negara-negara tersebut tidak dibenarkan membuka akaun niaga hadapan yang baru di Binance. Hal ini dinyatakan perintah ini “berkuatkuasa serta-merta”.Walaubagaimanapun, untuk mereka yang telah mempunyai akaun dan melakukan dagangan derivatif diberikan waktu selama 90 hari untuk menutup posisi dagangan ataupun akaun.

Dikhabarkan bahawa langkah ini adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang syarikat untuk menilai perkhidmatan secara berterusan dan menjalinkan kerjasama dengan rakan kongsi bagi memenuhi keperluan pengguna”.

Binance menyatakan bahawa hal ini hanyalah satu langkah awal untuk menghentikan penawaran produk niaga hadapan dan derivatif di seluruh benua Eropah.

Binance semenjak dua ini seringkali berhadapan dengan tekanan dari pihak pemerintah. Justeru tidak hairanlah Binance telah mengambil beberapa langkah menghentikan beberapa produk yang ditawarkan oleh mereka.

Ketua Pengerusi Binance, Changpeng Zhao, berjanji untuk menjadikan Binance dikawal selia. Dalam salah satu cicipan Twitter, beliau menyatakan bahawa “kami memahami bahawa banyak dalam kalangan pengawal selia memiliki pegangan dalam kritpo, justeru kami mengalu-alukan peluang untuk terlibat dalam dialog yang membina mengenai keperluan yang diperlukan dari pemerintah.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat