Tergempar! Ripple Menang Lawan SEC, XRP ‘To The Moon’ $0.90!

1,836

“Tahniah pemegang XRP yang tetap setia menunggu untuk harganya naik.”

Setelah sekian lama, harga mata wang kripto Ripple (XRP) akhirnya berjaya memuncak sehingga $0.93 apabila Hakim Analisa Torres mengisytiharkan aset digital tersebut sebagai bukan sekuriti dalam Summary Judgment beliau.

Dilaporkan bahawa Hakim Torres mendedahkan jualan terprogram dilakukan oleh firma Ripple, pengedaran lain dan jualan XRP oleh Brad Garlinghouse serta Chris Larsen sama sekali bukanlah kontrak pelaburan.

Keputusan positif itu membawa kelegaan ketara kepada masyarakat terutamanya pemegang XRP awal yang telah mengikuti kes antara XRP dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) sejak pengawal selia menyamannya sebanyak $1.3 bilion pada Disember 2020.

Pada masa ini, tindakan undang-undang dikenakan oleh SEC yang masih belum selesai adalah Coinbase, Binance dan beberapa aset digital seperti Cardano (ADA), Polygon (MATIC) serta Filecoin (FIL), di mana ia ditakrifkan sebagai kontrak pelaburan.

Bagaimanapun, suka dimaklumkan kemenangan berpihak kepada XRP itu adalah salah satu berita mengejutkan yang jarang berlaku susulan SEC baru-baru ini telah memenangi tindakan penguatkuasaan dengan Library Credit (LBRY).

Rentetan itu, pakar meramalkan pengisytiharan XRP sebagai bukan sekuriti itu dapat membantu harganya bangkit semula daripada kejatuhan untuk menembusi $1 ataupun lebih daripada paras tersebut mulai sekarang.

Bukan itu sahaja, perkembangan positif XRP itu juga mampu menyebabkan seluruh pasaran kripto melonjak tinggi termasuk membantu Bitcoin (BTC) dan altcoin lain mengukuhkan momentum kenaikan harganya yang sejak kebelakangan ini melihat pergerakan mendatar.

Sehingga berita ini ditulis, harga XRP mendaki sebanyak 61.33% pada paras $0.75 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $39 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan sekitar 62.13% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat