Terima Kasih Kepada Data Ini, USD Kembali Bernafas!

215

Mata wang gergasi US dolar mendapat nafas baru untuk melonjak selepas data terbaru menunjukkan pengukuhan dalam ekonomi Amerika Syarikat pada suku ketiga.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS tanpa dijangka berkembang sebanyak 3.2% pada suku Julai-September, jauh lebih baik daripada anggaran awal untuk pertumbuhan 2.9%.

Turut memaparkan bacaan memberangsangkan adalah data tuntutan pengangguran AS yang meningkat lebih rendah daripada dijangkakan, menandakan pasaran buruh terus kukuh.

Dengan kekuatan yang dipaparkan kedua-dua data tersebut, ia mengukuhkan lagi jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) mengekalkan pengetatan dalam dasar monetarinya lebih lama.

Sesi Asia menyaksikan indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan mata wang utama didagangkan pada sekitar harga 104.40.

Berbeza dengan Amerika, UK pula mencatatkan penguncupan dalam bacaan akhir KDNK pada suku ketiga dengan kemerosotan 0.3% daripada 0.2% yang diramalkan pada awalnya.

Pound didagangkan lemah susulan laporan tersebut yang mencetuskan spekulasi bahawa kemelesetan di UK mungkin akan berterusan sepanjang tahun akan datang.

Sementara itu, mata wang euro juga merosot susulan kebangkitan semula dolar greenback, menyaksikannya didagangkan padas sekitar harga 1.0600 ketika sesi Asia.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand masing-masing mencatat penurunan walaupun terdapat berita baik dari China untuk melonggarkan sekatan kuarantin perjalanan untuk warga asing mulai bulan depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat