Teringin Nak Simpan Emas? Jom Baca Tips Ini Sebelum Anda Menyesal

1,408

Mungkin ramai di antara kita yang mula berfikir untuk lakukan simpanan sebagai pelaburan pada masa akan datang. Iyalah, ekonomi sekarang yang gawat dan tidak stabil buat ramai makin risau.

Emas merupakan salah satu bentuk pelaburan yang menjadi kegilaan sejak zaman berzaman dengan nilainya kekal tinggi walaupun ketika negara berdepan pelbagai krisis ekonomi yang buruk.

Tapi, jangan terlalu ikut trend pula sampai akhirnya anda menyesal nanti!

Jom baca 5 tips selamat sebelum menyimpan emas.

Pastikan Beli Emas 999 dan 916 Sahaja

Kedua-dua emas ini mempunyai ketulenan emas yang tinggi dan bagus untuk dijadikan sebagai simpanan pelaburan untuk jangka masa panjang.

Kebiasaannya, emas 999 lebih kepada bentuk jongkong dan bar kerana ia lebih mahal.

Manakala, emas 916 pula banyak digunakan sebagai barang perhiasan kerana telah dicampuri dengan bahan yang mudah ditempa dan dibentuk.

Tahu Bezakan Emas Tulen atau Palsu

Sebelum membeli emas di kedai, pastikan anda mempunyai ilmu cara-cara untuk membezakan sama ada emas itu tulen atau palsu.

Jika beli online pula, pastikan semak latar belakang seller tersebut dan jangan lupa baca review!

Antara cara paling mudah adalah dengan menggunakan magnet bagi menentukan sama ada ia tulen atau palsu.

Beli Di Kedai Emas Berdaftar dan Ejen Sah

Disebabkan nilai emas yang semakin mahal, ramai yang mengambil peluang untuk menjadi ejen kerana komisyennya agak lumayan.

Sebagai pembeli, sila berhati-hati dan semak dahulu latar belakang syarikat emas tersebut.

Jika membeli dengan ejen, pastikan individu tersebut merupakan ejen yang sah dan dikenali sahaja.

Cari Syarikat Emas yang Terima Trade-in dengan Harga Tinggi

Kebanyakan kedai emas biasanya akan terima belian balik dengan diskaun sebanyak 20%-25%.

Ada juga yang sanggup menerima dengan harga belian 15% untuk barang kemas yang dibeli di kedai mereka.

Jadi, sila buat pilihan yang bijak ya!

Simpan Resit Belian

Setiap kali beli mesti akan dapat resit kan? Jangan lupa simpan tau!

Sebabnya, kebanyakan kedai emas akan meletakkan semua maklumat berkaitan emas seperti berat emas, jenis dan harga semasa belian.

Kalau hilang macam mana? Habislah…

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat