Terkandas Di Paras Terendah, Emas Nantikan Data Inflasi AS

1,522

Emas memperpanjangkan penyusutan ke paras terendah terbaharunya untuk tahun ini ketika kekuatan US dolar terus menjejaskan permintaan terhadap logam kuning tersebut menjelang terbitan data inflasi Amerika Syarikat.

Spot emas didagangkan sedikit berubah pada $1,726 per auns selepas menyentuh paras terlemahnya sejak September pada $1,722 per auns ketika pembukaan dagangan sesi Asia.

Dolar Amerika pula kekal mengukuh pada paras ketinggian 20 tahun, memperluaskan penguasaannya berbanding mata wang utama.

Penganalisis menjangkakan indeks harga pengguna (CPI) AS terus mencatat rekod baharu dengan catatan 8.8% secara tahunan dan 1.1% pada asas bulanan, tertinggi 40 tahun pada bulan Jun.

Sekiranya menepati ramalan, dagangan emas mungkin memperoleh sokongan sementara untuk meningkat.

Namun, jangkaan kenaikan kadar faedah yang agresif sebagai tindak balas kepada peningkatan tersebut berupaya merencatkan pergerakan emas dan mendorongnya kembali melemah.

Penggubal dasar Federal Reserve (Fed), Thomas Barkin turut meramalkan kenaikan lebih tinggi dalam inflasi pengguna dan kemungkinan bahawa kadar faedah akan dinaikkan sebanyak 50 atau 75 mata asas pada mesyuarat polisi edisi Julai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat