Terkini: Bank of England Mengekalkan Kadar di Paras 0.25%!

20

Bank of England menepati jangkaan pasaran dengan mengekalkan kadar di paras 0.25%. Sebelum ini pasaran memang sudah menjangkakan tindakan dari bank pusat Britain ini dengan ketaktentuan yang terus menyelubungi ekonomi UK.

Bila dilihat dengan situasi ekonomi UK sekarang memang terdapat tanda-tanda positif dalam tren petunjuk ekonomi contohnya perbelanjaan pengguna yang semakin baik. Hal ini sebenarnya agak mengejutkan dengan situasi ekonomi yang diselubungi ketidaktentuan Brexit.

Situasi Brexit pula setakat ini belum menunjukkan tanda-tanda yang jelas bilakah UK akan dapat meneruskan proses formal keluar dari Kesatuan Eropah. Sebelum ini pihak kerajaan UK meninmbang untuk membuat pembayaran untuk terus dapat mengakses pasaran tunggal Kesatuan Eropah.

Sentimen ekonomi UK menjadi lebih buruk apabila hari ini Duta Britain ke EU menyatakan Perjanjian Brexit diantara UK dan EU mungkin memakan masa sehingga 10 tahun lagi untuk diselesaikan.

Dalam situasi inflasi UK, pihak Monetary Policy Committee (MPC) menyatakan sebelum ini, jika pihak mereka tergesa-gesa untuk mencapai sasaran inflasi 2% akan memberikan impak negatif kepada potensi pengeluaran di dalam ekonomi dan akan meningkatkan pengangguran.

Peningkatan inflasi yang berterusan akan memberikan risiko kepada jangkaan peningkatan inflasi. Hal ini juga akan memberikan risiko kepada penggunaan polisi yang lebih ketat di masa hadapan untuk mengawal semula inflasi.

Nantikan ulasan penuh Moshed.com tentang kenyataan polisi monetari dan penetapan kadar oleh Bank of England hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat