Terkini! BTC ETF BlackRock Pertama Capai $2 Billion Dalam AUM!

278

“Wow nampaknya spot BTC ETF BlackRock dapat sambutan paling hangat ye.”

Tanpa disedari, BlackRock iShares Bitcoin ETF (IBIT) pada hari Jumaat lepas telah menjadi yang pertama daripada produk Bitcoin (BTC) spot dilancarkan baru-baru ini bagi mencapai $2 bilion dalam aset di bawah pengurusan (AUM).

Umum mengetahui ia tidak termasuk GBTC Grayscale yang memiliki hampir $30 bilion dalam AUM pada masa penukarannya daripada dana tertutup kepada spot ETF.

Pada hari Khamis lalu, pelabur bertindak menambah kira-kira $170 juta pada IBIT untuk membeli hampir 2,300 BTC yang menjadikan jumlah token dipegangnya adalah 49,952 BTC dan perlu diketahui harganya telah naik lebih $40,000 pada awal Jumaat.

Susulan IBIT kini mempunyai lebih $2 bilion dalam AUM, dana itu telah menduduki tempat ketiga dalam pengumpulan aset daripada 600 ETF yang dilancarkan pada tahun lalu, kata President ETF Sore Nate Geraci yang sungguh yakin IBIT tidak lama lagi boleh berada dalam kedudukan pertama.

Suka dimaklumkan bahawa dana seterusnya yang mungkin melepasi $2 bilion adalah Fidelity Wise Origin Bitcoin Fund (FBTC) yang hanya memegang 44,000 BTC setakat 25 Januari 2024.

Pada sisi berbeza, Ark Invest diasaskan Cathie Wood terus menjual saham ProShares Bitcoin Trust ETF (BITO) pada minggu lepas sambil mengumpul lagi spot BTF ETF tersendiri dan ia juga jual 2 juta saham ETF niaga hadapan BTC bernilai $42.8 juta sejak 19 Januari 2024.

Selain itu, Wood telah membeli lebih 1 juta saham Ark 21 Shares Bitcoin ETF (ARKB) berharga kira-kira $62.3 juta, di mana ARKB pada empat hari lepas telah ditutup pada $39,87 iaitu kenaikan sebanyak 0.68%.

ARKW kini memegang $91.4 juta ARKB yang membentuk 5.98 daripada jumlah nilai dana dan BITO pada masa ini hanya berjumlah 366,128.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat