Terkini!! Keputusan Mesyuarat The Fed Terhadap Kadar Faedah!

471

Rizab Persekutuan (The Fed) mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada hari ini dan dalam masa yang sama memberi indikasi bahawa dasar monetari ini “sudah memadai” dalam menjana pertumbuhan ekonomi.

Federal Open Market Committee (FOMC) bersetuju untuk mengekalkan kadar dana persekutuannya pada paras 1%-1.25% pada 12 Disember 2019 selepas tiga kali menurunkan kadar pada tahun ini.

Berdasarkan kenyataan polisi Rizab Persekutuan, para penggubal dasar menegaskan bahawa pengamalan dasar monetari semasa sudah memadai dalam menyokong perkembangan aktiviti ekonomi yang mampan, pasaran buruh yang kukuh dan inflasi yang hampir pada kadar sasaran iaitu 2%.

Pada bulan Julai yang lalu, Rizab Persekutuan telah mengurangkan kadar faedah buat pertama kali sejak krisis kewangan, kemudian disusulkan 2 kali potongan kadar pada tahun yang sama.

Ahli jawatankuasa telah mengurangkan ramalan kadar faedah pada tahun 2020 kepada 1.6% daripada anggaran sebelumnya sebanyak 1.9%. Hal ini memberi indikasi bahawa kadar faedah berkemungkinan akan dikekalkan pada tahun hadapan.

Selain itu, bank pusat mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi A.S dengan meramalkan pertumbuhan pada kadar 2.2% bagi tahun 2019 dan 2.0% bagi tahun 2020. Ramalan pertumbuhan ekonomi juga dikekalkan bagi tahun 2021 dan 2022 iaitu pada 1.9% dan 1.8%.

Sejak mesyuarat yang lalu, perbelanjaan pengguna telah mencatat peningkatan, peluang pekerjaan yang dicipta lebih banyak, inflasi meningkat lebih tinggi, aktiviti pasaran perumahan dengan sektor perkilangan dan perkhidmatan ISM turut meningkat.

Pemain pasaran kini sedang menantikan ucapan daripada Pengurusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell bagi mendapatkan lebih rincian terhadap dasar monetari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat