Terkini! Pasaran Ubah Pendirian Mengenai Kenaikan Kadar Faedah!

546

Pemain pasaran niaga hadapan mengumumkan pandangan mereka yang berpendapat bahawa kadar faedah Amerika Syarikat mengurangkan taruhan bahawa the Fed akan menaikkan kadar faedah selepas ini berikutan laporan pekerjaan bulan April hanya menunjukkan pertambahan sebanyak 266,000 pekerjaaan. Angka itu jauh ketinggalan daripada yang disasarkan iaitu hampir 1 juta.

Pasaran niaga hadapan Eurodollar menunjukkan bahawa pelabur melihat kurang daripada 50% peluang kadar faedah akan meningkat dalam jangka masa pendek. Pelabur juga mengurangkan jangkaan kadar faedah sukuan.

Fed sebelum ini telah berjanji untuk mengekalkan kadar faedah hampir sifar sehingga pekerjaan pulih dan inflasi berada di atas sasaran 2% untuk beberapa waktu, tetapi ahli ekonomi dan pelabur melihat risiko bahawa perbelanjaan kerajaan akan menyebabkan lonjakan inflasi lebih tinggi.

Angka pada bulan Mac menunjukkan indikasi yang dapat mendorong peningkatan kadar faedah kerana angka pekerjaan jauh lebih baik. Walaubagaimanapun, data bulan April, membuatkan pasaran mengubah jangkaan mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat