Terkini : Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte Umumkan Perletakan Jawatan!

645

Berdasarkan laporan terkini, perdana menteri Itali, Giuseppe Conte mengumumkan perletakan jawatan pada hari Selasa dalam ucapan beliau. Dalam masa yang sama, beliau juga melancarkan kritikan terhadap menteri Matteo Salvini dengan menuduh beliau memperpecah belah perikatan politik dan mengambil keutungan peribadi.

Conte telah melancarkan serangan ke atas Salvini dengan mengatakan bahawa bahawa Salvini hanya cenderung kepada kepentingan peribadi dan keuntungan parti politik beliau. Tambah Conte, keputusan yang dilakukan oleh Salvini adalah sangat berisiko untuk negara ini.

Susulan daripada pengumuman perletakan jawatan perdana menteri Giuseppe Conte, matawang euro telah menunjukkan pengukuhan daripada paras rendah yang dikecapi.

Matawang Euro telah mencatat pengukuhan sebanyak 0.14% berbanding US dolar pada paras 1.1092 setakat jam 11.00 p.m.

Walaubagaimanapun ketidakpastian isu politik di Itali masih kekal. Belum dapat dipastikan adakah pilihan raya tergempar akan berlaku atau pembentukan perikatan politik baru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat