Terkini – Reaksi Pasaran Berubah Selepas Data Inflasi AS Dikeluarkan!

1,110

Harga pengguna A.S. tahunan sedikit rendah jika dibandingkan pada bulan Julai yang lalu. Walaubagaimanapun bacaan inflasi bulan Ogos kekal pada kadar yang tinggi seiring dengan kekangan bekalan dan kenaikan harga berterusan dalam beberapa sektor.

Indeks Harga Pengguna (IHP/CPI) catat peningkatan yang signifikan. Pada bulan Ogos data CPI naik 0.3% dari bulan ke bulan atau 5.3% bagi kiraan tahunan. Bacaan ini sedikit rendah berbanding bulan lalu yang catat kenaikan 0.4% dan 5.4% setahun pada bulan Ogos.

Dalam masa yang sama, CPI teras tidak termasuk makanan dan tenaga menunjukkan kenaikan sedikit sebanyak 0.1% dan terkurang dari jangkaan para pakar ekonomi. Data inflasi ini dikeluarkan selepas harga pengeluar cata lonjakan 8.3% dari tahun ke tahun pada bulan Ogos, menandakan kenaikan tahunan terbesar sejak rekod pertama kali disimpan pada bulan November 2010.

Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell berulang kali menyatakan bahawa inflasi yang lebih tinggi akan bersifat sementara, dengan menyatakan bahawa beliau menjangkakan rantaian bekalan akan kembali seperti sedia kala.

Justeru bacaan inflasi ini akan diteliti dan dijadikan petunjuk mengenai garis masa pengurangan rangsangan oleh Federal Reserve (Fed).

Bank pusat AS akan mengadakan mesyuarat dasarnya minggu depan. The Wall Street Journal melaporkan pada hari Jumaat bahawa pegawai Fed mungkin akan mencari persetujuan untuk memulakan pembelian bon pada bulan November.

Matawang gergasi US dolar didagangkan susut berbanding kebanyakan matawang utama susulan penerbitan data inflasi Amerika Syarikat sebentar tadi.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback sedikit susut dari paras ketinggian dua minggu dicapainya sebelum ini dengan didagangkan sekitar harga 92.392, penyusutan sebanyak 0.28%.

Pasaran saham niaga hadapan A.S melonjak susulan penerbitan data inflasi yang menunjukkan harga pengguna berkurangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat