Terkini : Update Penting Ini Khas Buat Trader Logam Kuning!

53

Harga emas melonjak dalam sesi Asia pada Khamis sambil mengetepikan kenyataan Pengerusi Fed yang mengatakan bahawa kadar boleh meningkat tidak lama lagi seiring dengan isyarat ekonomi semasa.

Emas bagi penghantaran April di Comex meningkat sebanyak 0.34 peratus kepada $1,237.25 satu troy ounce, manakala silver didagang melonjak sebanyak 0.30 peratus kepada $18.017 satu troy ounce. Sementara itu, copper meningkat sebanyak 0.40 peratus kepada $2.752 Pound.

Semalam, emas mendapat manfaat daripada kejatuhan US Dollar meskipun data yang kukuh menyokong peningkatan mendadak US Dollar sebelum ini.

Jangkaan kenaikan kadar oleh Fed pada bulan Mac telah menjadikan emas menjadi asset berisiko. Pengerusi Fed dalam satu kenyataan kepada kongres juga mengatakan bahawa ia merupakan tindakan yang kurang bijak untuk mengekalkan kadar faedah pada tahap rendah dengan jangka masa yang terlalu lama.

Presiden Fed Philadelphia, Patrick Harker dan Presiden Fed Boston, Eric Rosenberg juga menjangkakan bahawa Fed akan menaikkan kadar lebih awal dari jangkaan sekurang-kurangnya tiga kali bagi tahun ini.

Kenaikan kadar dan pengukuhan US Dollar biasanya akan memadamkan sinar emas kerana ia menjadikan logam berharga tersebut lebih mahal untuk dimiliki.

Rupa-Rupanya Ini Punca Kejatuhan Semula USD Selepas Mencanak Naik Semalam!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat