Rupa-Rupanya Ini Punca Kejatuhan Semula USD Selepas Mencanak Naik Semalam!

252

US Dollar mengakhiri hari Rabu dengan dagangan yang hampir tidak berubah berbanding matawang utama yang lain.

Bagi kebanyakan pelabur, penurunan ini agak mengejutkan memandangkan laporan ekonomi AS menunjukkan data yang agak kuat disamping peningkatan saham Amerika Syarikat dan kenaikan kadar hasil perbendaharaan semalam.

Perbelanjaan pengguna dan aktiviti pembuatan di New York diumumkan mengatasi jangkaan pasaran. US Dollar juga telah bertindak dengan sewajarnya dengan keuntungan mendadak sejurus selepas data itu dikeluarkan. Pair USD/JPY antara yang mengalami peningkatan mendadak semalam.

Bagaimanapun, tidak lama selepas laporan itu dikeluarkan, US Dollar kehilangan momentum berikutan penurunan yang tidak dijangka terhadap pengeluaran perindustrian Amerika Syarikat.

Komen ringkas Janet Yellen yang mengatakan prestasi ekonomi agak mengecewakan semalam turut menambah luka kepada prestasi US Dollar.

Komen inilah yang telah menghilangkan selera sesetangah pelabur terhadap matawang tersebut semalam.

Walaupun kenyataan  Pengerusi Fed tersebut tidak begitu memihak kepada pasaran, komen keseluruhan beliau dinilai masih optimis terhadap prospek peningkatan kadar dalam masa terdekat. Peratusan jangkaan pasaran turut meningkat dengan jangkaan peningkatan sebanyak 46 peratus pada bulan Mac berbanding 34 peratus yang dicatat pada Selasa.

Sekutu Rapat Janet Yellen Ini Optimis Dengan Prospek Kenaikan Kadar!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat