Sekutu Rapat Janet Yellen Ini Optimis Dengan Prospek Kenaikan Kadar!

33

Fed dijangka akan menaikkan kadar faedah AS dalam tempoh beberapa bulan akan datang selagi ekonomi kekal pada trend berkembang. Namun begitu, dasar fiskal yang akan diumumkan oleh Trump turut akan meninggalkan kesan kepada ekonomi.

Menurut Presiden Fed New York, William Dudley yang juga sekutu rapat kepada Pengerusi Fed Janet Yellen, beliau berpendapat bahawa dasar pemerintahan Donald Trump yang tidak dikawal mampu menjejaskan rancangan Fed untuk menaikkan kadar secara beransur-ansur dalam tempoh yang akan datang.

Beliau turut memberitahu bahawa Fed sedia untuk menaikkan kadar jika kadar pertumbuhan ekonomi kekal pada paras 2 peratus disamping peningkatan inflasi dan kadar pengangguran kekal rendah.

Kekurangan butiran mengenai dasar kerajaan baru membuatkan Fed sukar untuk membuat sebarang ramalan. Pasaran juga menjadi semakin menggila sejak pilihanraya yang lalu gara-gara ketidakpastian dan perubahan dalam dasar imigresen dan perdagangan bebas.

Ditanya mengenai pandangan beliau buat masa ini, Dudley berpendapat untuk melambatkan proses kenaikan kadar sehingga beliau benar-benar yakin bahawa pasaran sudah tidak memerlukan kadar yang rendah lagi pada masa depan.

Jangkaan EIA Ini Menambah Ketakutan Pasaran Minyak Mentah Dunia!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat