Jangkaan EIA Ini Menambah Ketakutan Pasaran Minyak Mentah Dunia!

47

Minyak mentah diniagakan bercampur-campur dalam sesi Asia pada Khamis sementara para pelabur menanti keputusan data kiraan pelantar di AS berakhir minggu lepas bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai pasaran ini.

Di NYMEX, minyak mentah bagi penghantaran Mac menyusut sebanyak 0.11 peratus kepada $53.05 setong, manakala di Brent mentah turut melonjak sebanyak 0.09 peratus kepada $55.70.

Minggu lepas firma Baker Hughes melaporkan bahawa jumlah pelantar penggerudian minyak di Amerika Syarikat meningkat sebanyak 8 buah minggu lepas.

Niaga minyak mentah turut bergelut pada Rabu selepas Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) melaporkan kenaikan yang lebih besar terhadap inventori minyak sebanyak 9.5 juta tong minggu lalu, tiga kali ganda dari jangkaan awal.

Pergerakan minyak mentah turut berada dalam keadaan yang tidak stabil buat masa ini kerana peningkatan jumlah stok minyak mentah dan pertambahan pelantar di AS mengganggu usaha OPEC dan beberapa pengeluar lain dalam membendung isu lebihan bekalan global.

EIA turut meramalkan pengeluaran minyak syal di AS akan meningkat sebanyak 80,000 tong sehari kepada 4.87 juta tong sehari pada bulan Mac.

Pada Isnin lepas, OPEC dan beberapa pengeluar lain termasuk Russia mengesahkan bahawa perjanjian yang telah dimaterai sejak November lepas itu berjalan dengan baik dengan kadar pematuhan yang amat tinggi.

Matawang Gergasi Memulakan Rentak Perlahan Dalam Sesi Asia!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat