Matawang Gergasi Memulakan Rentak Perlahan Dalam Sesi Asia!

66

US Dollar didagang sederhana pada Khamis selepas mendaki ke puncak tertinggi dalam tempoh sebulan selepas jangkaan data ekonomi AS yang mengukuh terus mencetuskan prospek kenaikan kadar lebih awal dari Fed.

US Dollar Index menyentuh 101.76 pada Rabu iaitu paras tertinggi yang tidak pernah dicapai sebelum ini. Hal ini berikutan data inflasi AS dan data runcit yang dilaporkan lebih baik dari jangkaan awal.

Harga pengguna mencatatkan keuntungan terbesar dalam tempoh hampir empat tahun dengan lonjakan sebanyak 0.6 peratus pada Januari. Data runcit pula menunjukkan peningkatan sebanyak 0.4 peratus bulan lepas.

Namun begitu, beberapa penganalisis juga berpendapat bahawa data yang kuat itu tidak mencerminkan keadaan sebenar.

Menurut ahli strategi forex kanan di Barclays, jualan runcit dikatakan mendapat rangsangan daripada harga yang lebih tinggi berbanding peningkatan dalam penggunaan.

Menurut Kadota lagi, para pelabur dilihat mengambil kesempatan dengan kenaikan US Dollar minggu ini.

Kenyataan agresif Janet Yellen juga merupakan faktor yang menyokong matawang tersebut minggu ini selepas memberi isyarat bahawa kenaikan kadar mungkin boleh dilakukan lebih awal dari jangkaan.

Dalam sesi ini juga, Euro meningkat sebanyak 0.2 peratus kepada $1.0616.

 

Ini Sebab Utama Anda Masih Gagal Dalam Forex Trading!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat