Terkini – VISA Umum Pelancaran Platform Layer-2!

1,639

VISA yang merupakan syarikat pemprosesan pembayaran gergasi umum memperluaskan infrastruktur kripto dengan penyelesaian layer-2 akan menumpukan kebolehoperasian (interoperability) yang akan membolehkan aset kripto CBDC dan stablecoin dipindahkan di antara blockchain yang berbeza.

Platform baru tersebut digelar sebagai “saluran pembayaran sejagat” (UPC). Pembangunan penyelesaian ‘layer 2’ dipercayai boleh menawarkan solusi bagaimana CBDC berbeza dapat ditangani dalam blockchain tunggal.

Dalam kenyataan bertulis, teknologi UPC dapat memainkan peranan penting antara ‘stablecoin swasta’ dan CBDC. Dalam menjelaskan kegunaan sistem UPC, Visa menyatakan kadangkala terdapat kejadian dimana setiap orang menggunakan jenis aset kripto yang berbeza seperti CBDC dan USDC. Disini UPC akan memainkan peranan penting untuk membolehkan untuk membayar ‘stablecoin’ yang berbeza di platform tunggal.

“Pada akhirnya, penyelesaian UPC akan memberi nilai tambah kepada pelbagai bentuk pergerakan wang, sama ada ia berasal dari rangkaian VISA, atau rangkaian lain,” – VISA

VISA sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah mengalihkan tumpuannya terutama pada pasaran kripto setelah berjaya tawan pasaran tradisional dalam beberapa dekad. Pada awal suku kedua, Visa telah mendedahkan bahawa transaksi yang berkaitan dengan kripto telah melebihi satu bilion dolar dalam 5 bulan pertama tahun 2021. Mereka juga mendedahkan rancangan untuk membina infrastruktur untuk menjadikan kripto sebagai wang digital yang paling banyak digunakan di dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat