Terlajak Perahu Boleh diundur, Terlajak Brexit? Boleh Undur, ke?

89

Penggubal Artikel 50 iaitu John Kerr yang merupakan bekas Duta British mengatakan bahawa Britain boleh mengubah fikiran meskipun telah mengumumkan untuk meninggalkan Kesatuan Eropah secara formal.

Sebelum ini, Perdana Menteri Britain, Theresa May berkata bahawa beliau akan memulakan Artikel 50 secara formal bermula bulan Mac tahun depan.

Jika proses keluar tersebut telah bermula, pasaran akan menganggap Britain cuba membuang masa jika tiba-tiba mengubah keputusan pada saat akhir.

Menurut Mahkamah Tinggi pada hari ini, sebelum memulakan Artikel 50, May terlebih dahulu perlu mendapat kelulusan parlimen dan sama sekali tidak boleh menarik balik sebarang keputusan.

Memetik maklumat dari BBC, Kerr mahu parlimen atau orang awam mengundi semula melalui pilhanraya atau referendum kedua untuk mengkaji semula keputusan bagi meninggalkan EU dalam tempoh 18 bulan.

Kita Boleh Isi Minyak Kereta Dengan Minyak Sawit Selepas Ini!

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat