Terpalit Isu Undang-Undang! Ripple Dan Coinbase Bakal Berasatu Hati Melawan SEC?

258

Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran A.S. (SEC) memberi amaran untuk melancarkan penguatkuasaan terhadap bursa kripto terbesar negara, Coinbase. Atas dasar itu tidak hairan terdapat ura-ura bahawa peneraju mata wang kripto menunjukkan sokongan mereka memihak kepada Coinbase kerana dianggarkan bahawa bursa itu akan berhadapan nasib yang sama.

Stuart Alderoty, Ketua Pegawai Undang-undang, pihak-pihak yang mengetuai Ripple Labs dan Defendans dalam perebutan undang-undang yang telah berlangsung untuk sekian lama dalam berhadapan dengan SEC AS memberi bayangan untuk menunjukkan sokongan kepada Coinbase.

Semasa suruhanjaya menghantar Notis Wells ke bursa kripto, Coinbase, peguam Ripple mengeluarkan kenyataan bahawa “musuh saya adalah kawan saya”.

Ketua Pegawai Undang-undang Coinbase menyebut bahawa mereka menerima Notis Wells daripada suruhanjaya itu selepas bertahun-tahun mencari peraturan yang munasabah mengenai aset kripto. Hanya persaan kecewa dapat dirakamkan kerana SEC AS sedang mempertimbangkan perintah mahkamah dan tidak mahu membentuk dialog yang membina. Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa Coinbase akan memberi kerjasama yang baik.

Grewal menekankan bahawa sejak 9 bulan lalu, US SEC dan Coinbase telah bertemu lebih daripada 30 kali. Pertemuan ini melibatkan hala tuju bursa kripto. Beliau mendakwa bahawa suruhanjaya itu tidak memberikan sebarang maklum balas atau dasar mengenai perkara yang perlu diubah atau cara mendaftar bursa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat