Tersilap Langkah, Lelaki Ini Terbakar NFT CryptoPunk Sendiri Bernilai $135K!

1,183

“Kalau pengumpul NFT ni lebih berhati-hati mesti tak ada jadi macam ni kan.”

Seorang pengumpul non-fungible token (NFT) yang ingin meminjam wang untuk membeli NFT lain mengalami kerugian besar apabila koleksi CryptoPunks beliau bernilai 77 Ethereum (ETH) telah dihantar ke address pembakaran untuk dimusnahkan secara kekal.

Diperjelaskan lebih terperinci, pengumpul NFT bernama Brandon Riley telah membeli CryptoPunk #685 yang berharga 77 ETH pada 13 Mac dengan harapan untuk menyimpannya dalam jangka masa panjang.

Sebagai pelabur berpengalaman, Riley meminjam wang untuk membeli NFT lain melalui teknik popular dikenali sebagai wrapping*, di mana beliau mengetahui betapa pentingnya memiliki koleksi digital sebelum pasaran kripto melihat kenaikan harga.

*Merupakan aset digital unik yang mewakili pemilikan item atau aset tertentu yang membolehkan penciptaan pasaran baharu dan peluang pelaburan

Namun semasa melakukan NFT wrapping, Riley secara tidak sengaja menghantar CryptoPunk #685 tersebut ke address pembakaran dan tindakan cuai itu telah menjadi sebab koleksi digital beliau dipadam serta merta.

Difahamkan bahawa Riley telah kehilangan 77 ETH bernilai $135,372 ketika melakukan proses tersebut.

Susulan terdapat individu yang percaya Riley mempunyai simpanan wang banyak, beliau dengan pantas mendedahkan telah membeli NFT itu melalui pinjaman wang.

Rentetan itu, kebanyakan pihak didapati menyalahkan interfaces dan arahan kompleks yang sebabkan pelabur mengalami sejumlah kerugian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat