Tertipu Skim Kripto, Pengarah Firma Malaysia Lesap RM11 Juta!

1,084

“Haih korang jangan mudah percaya dengan skim pelaburan kripto, baik melabur sendiri lagi selamat.”

Hari ini Malaysia dikejutkan berita berhubung seorang pengarah syarikat yang mengalami kerugian melebihi RM11 juta dalam skim pelaburan mata wang kripto dipanggil ‘CCERX’ yang diiklankan di Facebook pada September 2023.

Menurut Datuk Rohaimi Md Isa, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman berkata bahawa kerugian tersebut merupakan satu-satunya kes terbesar penipuan pelaburan kripto yang pernah berlaku.

Disebabkan polis melancarkan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, lelaki berusia 60 tahun tersebut telah membuat laporan polis pada 30 Januari 2024 di sebuah balai polis di Sentul, kata Rohaimi pada Isnin semalam.

Sejak November tahun lepas, beliau turut memaklumkan bahawa polis menerima 124 laporan daripada mangsa penipuan pelaburan di seluruh negara yang membabitkan kerugian keseluruhan lebih RM90 juta.

Semasa berada dalam proses penyiasatan, polis telah mengenal pasti 73 syarikat, 83 akaun bank milik syarikat dan firma perniagaan termasuk satu akaun bank individu yang digunakan dalam penipuan berikut.

Rentetan itu, Rohaimi menasihatkan sesiapa yang masih terlibat dalam skim pelaburan ‘CCERX’ untuk berhenti serta-merta dan membuat laporan polis manakala individu yang ingin melabur dalam transaksi kripto perlu menyemak kesahihan perkhidmatan sebelum berbuat demikian.

Pada sisi berbeza, seorang wanita berusia 80 tahun di Perak kerugian RM10.4 juta selepas beliau ditipu oleh penipuan pelaburan berasaskan kripto di mana ia dimasukkan ke dalam Group WhatsApp yang mempromosikan skim pelaburan aset digital.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat