Tesla Takkan ‘Kacau’ Industri Automotif Malaysia

513

Kehadiran Tesla ke Malaysia dilihat tidak akan mengganggu industri automotif tempatan, menurut Kenanga Research.

Firma penyelidikan itu mengekalkan penarafan ‘overweight’ pada sektor automotif, walaupun kemasukan kenderaan elektrik (EV) Tesla diterima baik di negara ini.

Hal ini kerana, lebih 70% kenderaan yang dijual di dalam negara mempunyai tanda harga kurang daripada RM100,000, termasuk hampir 40% di bawah RM50,000.

Oleh itu, ia dilihat tidak akan menjejaskan permintaan terhadap kenderaan tempatan.

Dalam laporan kemas kininya untuk sektor itu, Kenanga meletakkan pilihan utamanya pada MB Resources Bhd dan Bermaz Auto Bhd, di mana kedua-duanya menawarkan hasil dividen melebihi 7%.

Selain itu, Kenanga turut mengekalkan jumlah industri (TIV) untuk 2023 sebanyak 720,000 unit yang akan menyamai tahap rekod yang dicapai pada 2022.

Antara faktor yang mendukung jangkaan ini adalah keyakinan pengguna yang kukuh disokong oleh ekonomi yang stabil dan pasaran kerja yang sihat.

Selain itu, ia turut didorong oleh kemampuan kenderaan bermotor yang disokong harga kereta baharu stabil dan model baharu yang menarik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat