Testimoni Jerome Powell Gagal Kekalkan Keuntungan Saham AS

125

Kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell berkenaan ‘komitmen’ bank pusat Amerika Syarikat (AS) dalam menangani inflasi membuatkan saham kehilangan sedikit keuntungan yang dicapai pada awal sesi.

Testimoni yang dibentangkan Powell di hadapan Jawatankuasa Perbankan Senat AS juga membuatkan dolar dan hasil perbendaharaan AS jatuh apabila kebimbangan terhadap risiko kemelesetan memberi tekanan kepada ekonomi Uncle Sam.

Melihat kepada papan indeks, Dow Jones Industrial Average jatuh 47.12 mata (0.15%) pada 30,482.13, S&P 500 hilang 4.9 mata (0.13%) pada 3,759.89 dan Nasdaq Composite turun 16.22 mata (0.15%) pada 11,053.08.

Tolok MSCI seluruh dunia susut 0.49% dan indeks STOXX 600 pan-Eropah hilang 0.70%.

Terang ahli strategi portfolio kanan Ingalls & Snyder, Tim Ghriskey, komen Fed memiliki sisi baik dan buruk namun mesej utamanya jelas menyatakan bahawa bank pusat itu akan teruskan kenaikan kadar seperti yang dirancang.

Rentetan itu, sentimen pelabur kekal berhati-hati dan mencerna kesan kenaikan kadar faedah dalam mengawal inflasi terhadap pertumbuhan ekonomi.

Dalam pada  itu, minit mesyuarat polisi Bank of Japan (BOJ) yang diterbitkan pada Rabu menyaksikan kebimbangan bank pusat tersebut kepada kesan mata wang yang kekal menjunam terhadap persekitaran perniagaan negara.

Aliran mata wang memperlihatkan Yen sedikit mengukuh 0.27% berbanding dolar pada 136.24.

Hasil perbendaharaan pula menunjukkan nota penanda aras 10 tahun naik 3.156% dari paras 3.305% pada Selasa.

Di sisi berbeza, harga minyak yang rendah memberi tekanan kepada saham tenaga.

Saham tenaga S&P 500 turun 4.2% sementara minyak mentah AS jatuh $3.33 pada $106.19 setong dan minyak Brent gugur $2.91 pada $111.74.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat