TFUEL Theta Tampil Luar Biasa Dengan Lonjakan Lebih 700%!

905

Projek Theta antara yang menyerlah dalam lambakan projek altcoins sejak kebelakangan ini, membawa token natifnya mencatat harga ke paras tertinggi.

Pada masa yang sama, token gas bagi protokol itu, TFUEL turut menyaksikan lonjakan yang luar biasa sebanyak 775% sejak lima minggu lalu.

Bermula pada 1 Februari, TFUEL meningkat daripada $0.026 kepada paras tertinggi sepanjang masa (ATH) baharu, $0.3 pagi ini ekoran daripada hard fork yang berlaku pada sekitar jam 4 pagi tadi waktu tempatan.

Jumlah THETA yang tersedia untuk dipertaruhkan di rangkaian juga menunjukkan peningkatan. Setakat ini sekitar 57.96% daripada 1 bilion THETA tersedia ketika projeknya mendapat perhatian pelabur.

Semakin banyak THETA dipertaruhkan di rangkaian, peranan TFUEL dalam ekosistem semakin meningkat susulan semakin banyak token digunakan dalam komuniti.

Lonjakan THETA dan TFUEL boleh disignifikasikan sebagai trendbuy the rumour, sell the news‘ dan penganalisis menyifatkan ia sebagai satu permulaan bullish sebelum pelancaran Theta 3.0 pada 21 April nanti.

Pelancaran Theta 3.0 membenarkan pelabur untuk pertaruhkan TFUEL sebagai cara untuk menjana pendapatan pasif dan melindungi rangkaian.

Buat masa sekarang, ciri kontrak pintar yang tersedia secara talian dan fungsi mencipta NFT termasuk aplikasi kewangan desentralisasi secara tidak langsung telah memberi jaminan terhadap ekosistam Theta dengan lebih banyak pengguna baru akan tertarik dan sokongan yang meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat