Tourism Authority of Thailand tampil berbeza dengan negara-negara lain melalui pengenalan matawang kripto, TAT Coin yang khusus untuk sektor pelancongan di negara itu.
Keputusan yang diambil susulan daripada peluang yang bermula daripada perkembangan jumlah pemilik dan pelabur matawang kripto.
Buat masa sekarang, agensi tersebut dalam perbincangan dengan Stock Exchange of Thailand berkaitan token digital yang akan digunakan bersama dengan baucar. Namun, TAT Coin tidak dibolehkan untuk aktiviti perdagangan.
Usaha yang dikenali sebagai “cryptourism” ini akan bermula dengan penawaran kad debit bitcoin di lapangan terbang di mana para pelancong yang menggunakan matawang kripto dapat memanfaatkannya ketika percutian.
Bagaimanapun untuk meneruskan rancangan tersebut, agensi pelancongan itu juga perlu mendapatkan kelulusan perundangan daripada Securities and Exchange Commission (SEC) Thailand.
Setakat ini, Thailand masih menghadkan aktiviti perdagangan kripto. Pada Mei, Kingdom’s Anti-Money Laundering Office telah memperkenalkan Know Your Customer (KYC) yang ketat sebagai langkah untuk melindungi pengguna kripto.
Tidak cukup dengan itu, Bank of Thailand telah menggugurkan penggunaan stablecoin yang dikenali sebagai Thai Baht (THT) kerana memberi ancaman kepada matawang tempatan.