The Pentagon Campur Tangan, Salur Dana Kepada Elon Musk Bantu Ukraine

199

‘Desas-desus yang timbul ini mungkin spekulasi tapi boleh jadi benar.’

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) atau lebih dikenali sebagai The Pentagon dilaporkan akan menyalurkan dana bagi memastikan satelit Starlink milik SpaceX terus beroperasi di Ukraine.

Menurut sumber dari agensi berita Politico, inisiatif bantuan keselamatan Ukraine Jabatan Pertahanan AS yang ditubuhkan bagi menyokong negara malang tersebut dalam memerangi Rusia akan menjadi penyumbang dana utama.

Umumnya, syarikat roket milik Elon Musk telah melancarkan satelit Starlink yang memberi perkhidmatan internet secara percuma kepada warga Ukraine sejak pencerobohan Rusia pada Februari 2022.

Namun, Musk bertindak untuk menarik balik satelit tersebut ekoran kerana syarikat terpaksa menanggung rugi di sebalik perkhidmatan internet percuma di Ukraine sebelum mengubah fikirannya pada hujung minggu.

Musk berkata bahawa satelitnya akan terus beroperasi di Ukraine dan mengekalkan perkhidmatan internet percuma kepada warga Ukraine walaupun syarikat beliau terpaksa menanggung rugi.

Ekoran itu, Musk dikatakan telah meminta pihak Pentagon membantunya untuk terus menawarkan perkhidmatan internet percuma Starlink.

Berbalik kepada berita asal, jurucakap Pentagon tidak memberi sebarang kenyataan selain mengatakan supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai pengumuman bantuan pada masa depan sebelum ia berlaku.

Dalam pada itu, sumber dari Financial Times melaporkan bahawa Kesatuan Eropah (EU) merancang untuk menyalur dana kepada Starlink.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat