The Sandbox (SAND) Melonjak Hampir 12%, Jalin Kerjasama Dengan BlockchainSpace

436

Dalam perkembangan terbaru dunia metaverse, The Sandbox dan BlockchainSpace telah mengikat kerjasama.

Kerjasama ini bertujuan untuk menghubungkan sejumlah besar guilds (persatuan/kumpulan), kira-kira 2,600 dan 680,000 pengguna BlockchainSpace ke dunia maya The Sandbox.

Sebagai rekod, kerjasama ini bukanlah yang kali pertama.

Sebelum ini The Sandbox dan BlockchainSpace telah bersatu untuk membangunkan komuniti Filipina dengan melancarkan pertandingan non-fungible token (NFT) seni voksel (voxel).

Ringkasnya, voxel merupakan versi 3D kepada piksel yang secara umumnya adalah seni 2D.

Susulan khabar mengujakan ini, token natif The Sandbox mencatatkan peningkatan harga dari paras terendah harian, $5.034 pada 12 Disember kepada $5.625 pada hari ini.

Ketika penulisan, SAND didagangkan sedikit rendah pada harga $5.21, susut hampir 1% dalam 24 jam.

Potensi dan prestasi The Sandbox sejak bulan lalu benar-benar luar biasa. Ini fakta yang mungkin anda terlepas:

  1. Softbank’s Vision Fund 2 telah menjalankan aktiviti pelaburan untuk menyokong pertumbuhan The Sandbox, dan pelabur terlibat termasuklah: Animoca Brands, True Global Ventures, Liberty City Ventures, Polygon Studios, Samsung, dan Galaxy Interactive.
  2. Adidas rasmi membeli tanah maya di The Sandbox.
  3. Nilai dagangan kasar (GMV) setakat ini telah mencecah lebih $144 juta dan menampung lebih 500 ribu pengguna.
  4. The Sandbox telah menjalankan kerjasama dengan Snoop Dogg, The Walking Dead, The Smurfs, Care Bears, Atari, dan CryptoKitties untuk lancarkan karakter dan dunia metaverse versi voxel.
  5. Platform dunia maya ini juga jalinkan kerjasama dengan Liberty City Ventures dan Galaxy Interactive.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat