Tiada Lagi Cip ‘Made In China’- Dell

245
  • Ketegangan AS-China meningkat
  • Sektor buatan cip China jadi sekatan baru AS
  • HP Inc juga sedang mempertimbang langkah sama

Dell Technologies dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menamatkan penggunaan cip buatan China menjelang 2024.

Memetik kepada laporan Nikkei, syarikat komputer Amerika Syarikat itu telah memaklumkan pembekal untuk pengurangan jumlah komponen buatan China dalam produknya.

Berita itu hadir di tengah-tengah kebimbangan terhadap ketegangan antara Washington dan Beijing yang semakin meningkat.

Terbaharu, pentadbiran Biden menyenarai hitamkan pembuat cip memori China YMTC dan 21 syarikat utama dalam sektor cip kecerdasan buatan negara itu.

Selain itu, Dell turut meminta pemasangan produk dan pembekal komponen lain seperti modul elektronik dan printed circuit board untuk membantu menyediakan kapasiti di luar China, seperti Vietnam.

Dalam pada itu, pembuat komputer HP Inc juga dikhabarkan sedang merancang tindakan serupa memandangkan ia telah mula meninjau pembekal untuk memindahkan pengeluaran dan pemasangan dari Beijing.

Pada Oktober tahun lalu, pentadbiran Biden menerbitkan satu set kawalan eksport termasuk langkah untuk menyekat China daripada cip semikonduktor tertentu yang dibuat di mana-mana sahaja di dunia dengan peralatan AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat