Tiba-Tiba USD Bangkit, Lonjak Tertinggi 6 Minggu!

550

US dolar papar pengukuhan ke paras tertinggi 6 minggu apabila membenam kebanyakan mata wang utama yang lain dalam pasaran pada Selasa semalam.

Yen yang menunjukkan poengukuhan di sesi Eropah gagal mempertahankan kedudukannya apabila kembali melemah berbanding US dolar di sesi New York.

Masih tidak berubah jangkaan sebelum ini, Federal Reserve (Fed) yang dilihat tidak tergesa-gesa untuk menurunkan kadar faedah dalam tempoh terdekat menjadi faktor menyokong pengukuhan US dolar.

Beberapa gabenor Fed dari cawangan yang berbeza turut melontarkan pandangan yang serupa setelah meneliti data-data ekonomi terbaru Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.

Selain itu juga, sentimen pasaran yang dinilai dalam suasana berisiko ketika ini turut mempengaruhi lonjakan yang dipamerkan US dolar.

Indeks dolar (DXY) telah paparkan lonjakan ke paras 103.80 mata mengatasi ketinggian sebelum ini dan hasil perbendaraan 10 tahun AS pula turut catatkan peningkatan ke sekitar 4.15%.

Tumpuan hari ini akan terarah kepada terbitan beberapa data PMI sektor pembuatan dan perkhidmatan melibatkan Eropah, UK dan Amerika.

Di sesi New York juga akan memberi perhatian kepada keputusan mesyuarat bank pusat Kanada (BOC) yang dijangka akan turut mengekalkan kadar faedah tidak berubah, seperti mesyuarat bank pusat Jepun (BOJ) semalam.

Seterusnya, barulah mesyuarat polisi European Central Bank (ECB) pula akan menjadi tumpuan pada Khamis selain data pertumbuhan ekonomi AS untuk suku keempat 2023 turut akan diterbitkan pada hari yang sama.

Bacaan awal bagi data pertumbuhan ekonomi AS ini penting untuk diperhatikan di mana akan turut sama-sama menjadi petunjuk kepada penetapan dasar monetari oleh Fed selepas data inflasi (CPI) dan pekerjaan (NFP) telah pun diperhatikan sebelum ini.

Pelabur akan kekal berwaspada sehingga dagangan minggu hadapan menjelang mesyuarat FOMC pertama bagi tahun 2024 ini di awal Februari nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat