Tidak Setuju Taiwan Sertai Perjanjian Dagang, China Hantar Jet Pejuang

1,503

China telah menyuarakan tentangan terhadap keinginan Taiwan untuk menyertai perjanjian perdagangan bebas Trans-Pasifik dengan turut menghantar jet pejuang sebagai tanda amaran.

Minggu lalu, Beijing telah mengemukakan permohonannya sendiri untuk menjadi anggota Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Taiwan pula mengumumkan pada hari Khamis bahawa ia telah secara rasmi menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada CPTPP, yang ditandatangani oleh 11 negara Asia-Pasifik pada tahun 2018.

Bagaimanapun, Beijing memberi amaran dengan mengatakan bahawa Taiwan adalah bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari China.

Pada hari yang sama, pegawai Taiwan mengatakan 24 pesawat China, termasuk 18 jet pejuang dan dua pengebom berkeupayaan nuklear telah memasuki zon pengenalan pertahanan udara pulau itu.

Jurucakap kementerian luar negeri China, Zhao Lijian mengatakan, Beijing dengan tegas menentang mana-mana negara yang melakukan pertukaran rasmi dengan Taiwan dan menolak penyertaan Taiwan ke dalam mana-mana perjanjian dan organisasi rasmi.

Taiwan seterusnya membalas kenyataan tersebut dengan mengatakan China tidak berhak memutuskan siapa yang dapat menyertai perjanjian perdagangan memandangkan ia belum menjadi anggota.

China sering menghantar pesawat tentera ke zon pertahanan udara Taiwan untuk menunjukkan rasa tidak senangnya, tetapi kemasukan pada hari Khamis semalam adalah yang terbesar sejak 15 Jun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat