TikTok Pilih Destinasi Baharu

207

Syarikat pengendali aplikasi popular, TikTok iaitu ByteDance didakwa merancang untuk melaburkan berbilion dolar dan merekrut ratusan pekerja di Singapura dalam tempoh 3 tahun lagi.

Perkara itu didedahkan kepada Reuters oleh individu yang mempunyai maklumat mengenainya hari ini.

Tambah sumber terbabit, firma berkenaan yang berpangkalan di Beijing, China itu merancang untuk membeli server cloud-computing di Singapura bagi menyimpan backup data syarikat tersebut di Amerika Syarikat (AS) untuk sebarang pelan kontingensi.

Selain itu, sumber berkenaan turut mendedahkan TikTok telah memindahkan sebahagian juruteranya ke Singapura dari China bermula tahun ini.

Terdahulu, Bloomberg melaporkan ByteDance merancang untuk menjadikan Singapura sebagai hab utama operasi di seluruh Asia sebagai sebahagian daripada pelan mereka memperluaskan operasi di peringkat global.

Pelaburan itu terjadi selepas ByteDance dipaksa menjual asetnya di AS oleh pentadbiran Presiden Donald Trump berikutan wujud dakwaan TikTok memberi ancaman nasional kepada AS.

Menurut laporan Bloomberg semalam, ByteDance berkemungkinan terlepas tarikh akhir penjualan asetnya yang dikeluarkan oleh Trump selepas undang-undang baharu China berhubung firma teknologi telah merumitkan rundingan dengan Microsoft dan Oracle.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat