Tindakan Elon Musk Punca Pelabur Ini Untung $3 Juta!

837

Kripto yang ada kena mengena dengan Musk mesti naik, tapi tulah selalunya tak kekal lama.”

Hanya melaburkan $30,000, seorang pelabur mata wang kripto memberi kejutan kepada ramai pihak apabila berjaya menjana keuntungan sebanyak $3 juta susulan daripada tindakan jutawan Elon Musk baru-baru ini.

Musk yang mempunyai pengaruh ketara dalam pasaran kripto telah mengubah suai bio pada profil X bagi melabelkan dirinya sebagai Ketua Pegawai Troll (CTO) sehingga mencetuskan pendakian harga TROLL yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Demi memanfaatkan peluang tersebut, pelabur yang bijak merebut peluang memperoleh 80.77 trilion token TROLL semasa harganya mencecah paras terendah dan dalam masa singkat sahaja beliau memperoleh berjuta-juta dolar Amerika Syarikat (AS).

TROLL pada mulanya yang melihat lonjakan disebabkan Pepe Coin (PEPE) telah membuat penampilan pertamanya di rangkaian Ethereum (ETH) pada April 2023, tetapi gembar-gemburnya mula pudar susulan dan selama 229 hari, harganya junam 94.4%.

Menurut akaun X Musk, media sosial dan pasaran kripto mempunyai peluang untuk peroleh keuntungan tidak dijangka memandangkan trend hashtag seperti #MemeCryptocurrencies, #Memecoin, #MemecoinNews, dan #ElonMusk terus mendominasi perbualan dalam talian.

Meskipun begitu, pelabur tetap dinasihatkan untuk memahami usaha niaga sedemikian secara teliti termasuk menyedari landskap dinamik dan potensi kejatuhan.

Setakat penulisan ini, harga TROLL melonjak sebanyak 91.84% pada paras $0.000008657 dalam tempoh 24 jam lalu dengan volum dagangan $35 juta dan mencatatkan pendakian 2030.55% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat