Tindakan Tegas China Terhadap Kripto Bawa Tuah Pada Sektor DeFi?

1,346

Tindakan keras baru-baru ini oleh pentadbiran China dan keputusannya untuk mengisytiharkan urus niaga kripto sebagai suatu yang tidak sah telah membawa keuntungan kepada pasaran kripto DeFi. Walaupun majoriti aset kripto terkesan atas tindakan tersebut namun, aset kripto DeFi utama telah menunjukkan lonjakan harga.

Pembekal data Santiment menyatakan bahawa alamat aktif telah meningkat dengan ketara sejak lima hari terakhir.Begitu juga, pertumbuhan rangkaian telah menunjukkan lonjakan yang ketara. Menariknya, perkara ini berlaku selepas China mengumumkan tindakan tersebut.

Berikut adalah carta jumlah alamat yang aktif harian (DAA) berdasarkan yang dilaporkan Santiment :

Uniswap (UNI) merupakan antara aset kripto yang menunjukkan lonjakan harga yang ketara. Jumlah dagangan di UniSwap meningkat 500%. Santiment melaporkan bahawa rangkaian Uniswap menyaksikan aktiviti rangkaian tertinggi dalam hampir 5 bulan.

 

Selain itu, dYdX juga melakukan lonjakan ketara kerana para pelabur China beralih kepada bursa pertukaran tersebut.

Secara tuntasnya tindakan keras dari China ini telah mendorong pertumbuhan aset kripto DeFi dalam jangka pendek. Cardano yang sedang dalam perancangan untuk mengembangkan kepada pasaran DeFi turut mendapat keuntungan dalam hal ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat