Tinjauan Keyakinan Pengguna AS Kukuh, US Dolar Bangkit Semula!

202

Melewati dagangan di sesi New York semalam, US dolar kembali mendapat menemui rentak pengukuhannya semula selepas reaksi laporan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) terbaru yang diterbitkan.

Raja mata wang itu berjaya mengurangkan kerugian di awal minggu berikutan data tinjauan keyakinan pengguna Conference Board (CB) untuk Mei catat bacaan baik yang tak dijangka mengatasi ramalan dengan melebihi angka bulan sebelum ini.

Angka yang dicatatkan itu juga menunjukkan pemulihan semula terhadap tinjauan pengguna selepas merosot untuk 3 bulan berturut-turut.

Indeks dolar (DXY) telah kembali paparkan peningkatan semula ke paras berhampiran 104.700 mata selepas kejatuhan sebelum ini mencecah sekitar 104.340.

Sementara hasil perbendaharaan 10-tahun Amerika Syarikat (AS) pula melonjak naik ke paras tertinggi 4 minggu mencapai 4.55%.

Situasi yang berlaku dilihat menepati ramalan penganalisis yang memberi amaran kepada pelabur di awal minggu untuk US dolar kembali paparkan pengukuhannya semula.

Namun, sehingga menuju ke penghujung minggu ini pelabur masih dinasihatkan untuk berhati-hati menunggu data lebih penting seperti laporan pertumbuhan ekonomi AS suku pertama dan indeks harga PCE yang menjadi petunjuk buat Federal Reserve (Fed).

Jika data-data terbaru terus menunjukkan peningkatan, Fed dilihat lebih cenderung untuk mengekalkan dasar monetari sedia ada dan jangkaan untuk langkah pemotongan kadar faedah untuk dilakukan akan semakin menurun.

Kebarangkalian untuk kadar faedah diturunkan pada September adalah 50-50. Jangkaan masih tetap ada, namun peratusan semakin rendah.

Dagangan emas meneruskan corak peningkatan perlahan di sesi New York semalam walaupun US dolar kembali paparkan pemulihan semula dengan harga emas berlegar di sekitar $2,360.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat