Tinjauan Pasaran Emas XAU/USD: GDP & PCE Sebagai Peneraju

1,210

[Artikel Tajaan]

Beberapa siri makro ekonomi data yang telah dilaporkan sejak akhir minggu lepas telah ditafsirkan bahawa ekonomi di Amerika masih lagi berada di dalam pengukuhan.

Justeru itu, pemain pasaran pada ketika ini menjangkakan pemotongan kadar faedah yang bakal dilakukan oleh Fed akan dilaksanakan pada Mei 2024 berbanding sebelum ini pada Mac 2024.

Berikutan ini harga emas dilihat berada di dalam tekanan. Namun begitu sentimen “hawkish” Dollar Amerika ini dilihat tidak memberikan tekanan yang penuh terhadap pasaran emas ekoran tekanan geopolitik di Timur Tengah yang semakin meruncing selepas konflik Israel-Palestin.

Pada minggu ini beberapa data utama makro ekonomi akan dilaporkan dan dijangka bakal mencorak sentimen pasaran terhadap Fed sekaligus memberikan halatuju terhadap pemain pasaran emas.

Di antara tumpuan data adalah “Global PMI” yang bakal dilaporkan pada hari ini, laporan “US GDP Q4” dan “Core PCE Price Index” pada hari Khamis dan Jumaat.

Tarikh Data Laporan Pengeluaran Jangkaan Pasaran Jangkaan SARACEN Bacaan Sebelum
25-Jan GDP Annualized (QoQ) Q4, 2023 2.00% 1.70% 4.90%
26-Jan Core PCE Deflator (MoM) Disember 0.20% 0.20% 0.10%
26-Jan Core PCE Deflator (YoY) Disember 3.00% 3.00%          3.20%

Analisa Teknikal
Harga emas dilihat masih lagi bermain di sekitar paras harga $2,040 – $2,017. Jika harga emas dilihat menembusi paras harga $2,017, $2,000 akan menjadi halangan utama di dalam menentukan hala tuju seterusnya.

$1,973 – $1,960 bakal dicapai sekiranya paras $2,000 gagal dipertahankan. Namun sebaliknya, harga emas mampu melonjak naik ke paras $2,065-$2,078 sekiranya rintangan utama $2,040 berjaya dipecahkan.

Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat