To The Moon! Sekali Lagi Aavegotchi (GHST) Hangatkan Pasaran!

384

Platform non-fungible token (NFT) tampaknya masih menghangatkan pasaran sehingga kini di samping trend pengumpulan digital semakin meningkat.

Satu projek yang telah mendapat manfaat daripada pasaran bull baru-baru ini dalam sektor NFT adalah Aavegotchi, sebuah NFT yang berfokuskan DeFi.

Pada sesi dagangan bulan Ogos, Aavegotchi telah mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru mencapai paras $2.78 menghasilkan 75% lonjakan.

Antara penyumbang yang menyokong lonjakan tersebut adalah setelah Aavegotchi mengumumkan ‘Haunt 2’ yang dijadualkan berlangsung dari 26-29 Ogos.

Di Aavegotchi, Haunts memberi peluang kepada pemain untuk mendapatkan Gotchi yang baru dikeluarkan dan ia akan memperkenalkan 15,000 Gotchi baru kepada protokol.

Menarik jika dilihat pada carta pergerakan semasa harga GHST/BUSD.

Sewaktu artikel analisa GHST dikeluarkan pada penghujung bulan Julai, GHST didagangkan pada harga $1.46, secara konsistennya GHST telah menghasilkan 90% lonjakan.

Daripada pandangan sudut teknikal, pergerakan harga GHST sedang berusaha untuk memperolehi kembali momentum kenaikan yang lebih tinggi selepas menyusut kembali daripada mencatatkan ATH terbaru.

Untuk kenaikan harga yang lebih tinggi, harga dijangka bakal menguji paras resistance sekitar $2.40 sebelum membuat lonjakan yang lebih tinggi dan menguji paras resistance yang seterusnya.

Jika GHST berjaya menembusi paras resistance $2.70, ia bakal menjadi penentu untuk harga membuat lonjakan yang lebih agresif dan mencatatkan ATH terbaru.

Namun jika harga GHST kembali menunjukkan trend bearish, harga dilihat bakal kembali menguji zon RBS (resistance become support) $1.90 sebelum menuju ke paras terendah yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Sewaktu penulisan, GHST/BUSD didagangkan pada harga $2.10 melonjak lebih 4% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto GHST/BUSD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat