Trader EUR, GBP dan JPY Perlu Baca Update Matawang Sesi Eropah Ini Segera

57

US Dollar melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 14 tahun berbanding matawang utama yang lain kerana keyakinan berterusan terhadap kekuatan ekonomi AS dan jangkaan terhadap kenaikan kadar oleh AS bagi bulan Disember nanti.

Euro merosot dalam sesi dagangan ini berbanding US Dollar.

EUR/USD, 30 minit
EUR/USD, 30 minit

US Dollar mengukuh setelah data dari sektor pekerjaan menunjukkan tuntutan awal pegangguran merosot pada minggu ini.

Secara berasingan, Jabatan Perdagangan berkata bahawa harga perumahan juga melonjak pada bulan Oktober.

Data dari AS juga menunjukkan bahawa harga pengguna AS meningkat pada bulan lepas berbanding bulan ini.

Kesemua data positif ini membantu dalam sentimen pengukuhan ekonomi AS.

Komen dari pegawai-pegawai penting Fed juga dilihat memihak bagi peningkatan kadar sebelum penghujung tahun ini.

Matawang GBP jatuh sebanyak 0.29% kepada angka paling rendah semenjak 10 November.

GBP/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit

Di tempat lain, USD/JPY meningkat kepada paras tertinggi lima bulan.

USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

US Dollar Index, yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang utama yang lain dalam sesi Eropah.

Ringgit Jatuh 8 Hari Berturut-Turut 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat