Trader EUR/USD Mohon ‘Alert’!

684

Matawang euro terus melanjutkan penurunan ketika sesi pasaran Eropah setelah dilemahkan oleh peningkatan US dolar di tengah-tengah kebimbangan yang meningkat terhadap peningkatan berterusan kes Covid-19 di Eropah.

Dagangan matawang ini mungkin akan susut sehingga mencecah paras harga 1.1600 atau lebih rendah berbanding US dolar disebabkan faktor-faktor ini :

1. Penularan Gelombang Kedua Covid-19 Seluruh Eropah

Lonjakan kes-kes baru di Eropah telah menimbulkan kebimbangan bahawa ia akan kembali jatuh kepada kemelesetan yang dialami ketika dilanda krisis Covid-19 pada awal tahun ini.

Angka harian merekodkan bacaan tertinggi pada hujung minggu di Perancis iaitu sebanyak 26,896 kes, dan sekitar 10,000 kes di Sepanyol sementara di Jerman pula lebih 4,000.

2. Perlaksanaan Sekatan Baru Juga Bermaksud Kemelesetan Berganda

Setelah menyaksikan peningkatan tertinggi dalam kes harian, serta lebih banyak sekatan baru dilaksanakan untuk membendung penularan maka tidak mustahil ekonomi Eropah akan terjejas lebih teruk.

3. Pelonggaran Lebih Luas Oleh ECB

Berikutan kebimbangan berterusan terhadap kesan sekatan ke atas ekonomi Eropah, ia akan memaksa Bank Pusat Eropah (ECB) untuk meningkatkan lagi pelonggaran dalam dasar monetari mereka.

Malah, dengan hanya melihat kepada kadar inflasi yang mencecah rekod terendah pada bulan September, lebih banyak pelonggaran diperlukan untuk memenuhi sasaran bank pusat.

4. Ketidakpastian Pilihan Raya AS

Ketidakpastian yang tercetus menjelang pilihan raya presiden pada bulan depan juga boleh menyebabkan kejatuhan dalam pasaran saham AS dan mendorong pelabur untuk melepaskan pegangan matawang berisiko seperti euro.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat