Trader Kena Tahu Kenapa Solana Boleh Meroket 80% Dalam Sebulan!

936

“Perghh prestasi SOL memang luar biasa kot, siap boleh tewaskan BTC dan ETH.”

Solana (SOL) yang menembusi paras $46 tampaknya merudum semula di bawah $39, tetapi mata wang kripto tersebut tetap merekodkan prestasi luar biasa apabila harganya berjaya menggunung hampir 80% dalam masa sebulan.

Memang tidak dinafikan SOL telah menarik perhatian pengguna melalui prestasi berkelajuan tinggi dan kos rendahnya, bagaimanapun aset digital itu malangnya kehilangan sebahagian besar nilainya pada tahun lepas disebabkan kejatuhan FTX.

Meskipun begitu, SOL menyaksikan pemulihan sangat mengagumkan pada masa ini apabila harganya bukan sahaja didagangkan pada paras tidak pernah dilihat hampir 15 bulan malah mengatasi Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) susulan melihat pertumbuhan 343% dari tahun ke tahun.

Kenaikan harga SOL didorong oleh pelancaran Firedancer, iaitu firma pembangunan Web3 Jump Crypto di testnet yang bertujuan untuk meningkatkan kelajuan, kebolehpercayaan dan kepelbagaian validator kemudian pelancaran mainnet mungkin berlaku pada separuh pertama 2024.

Berbeza dengan pelanggan validator tunggal SOL sedia ada, Firedancer direka untuk meluaskan ekosistem pelanggan, mengukuhkan daya tahan blockchain termasuk berpotensi menjadi game-changer untuk rangkaian aset digital itu.

Susulan terdapat peningkatan sokongan oleh pembangun dan komuniti, perdebatan mengenai SOL dan ETH telah tercetus di pelbagai platform media sosial.

Setakat penulisan ini, harga SOL menjunam sebanyak 8.11% pada paras $38.74 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $16 bilion tetapi tetap mencatatkan pendakian 19.84% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat