Trader Matawang Euro Beri Tumpuan Kepada Dua Undian di Eropah!

843

Matawang Euro dijangka merekodkan kejatuhan lagi pada minggu ini yang mungkin menjadi kejatuhan kedua terbesar sejak empat bulan yang lalu. Antara sebab kejatuhan kepada matawang Euro minggu ini adalah ‘peristiwa berisiko’ yang dihadapi oleh Zon Eropah pada minggu depan yang termasuk pilihanraya Itali.

Tarikh 4 Mac akan menjadi perhatian pasaran secara keseluruhan dengan dua peristiwa penting yang berlaku di Eropah. Itali akan mengadakan pilihanraya umum pada tarikh tersebut dan parti SPD di Jerman akan memuktamadkan sama ada akan menyertai parti CDU pimpinan Angela Merkel untuk membentuk kerajaan campuran atau tidak. Kedua-dua peristiwa ini berpotensi mencetuskan pergerakan volatility (turun-naik) yang tinggi kepada pasaran forex.

Kita semua maklum bahawa ada banyak perkara yang menyebabkan pergerakan matawang termasuk polisi monetari, politik, komen dari bank pusat, data ekonomi dan lain-lain.

Untuk matawang Euro, pasaran bukan sahaja menumpukan kepada peristiwa 4 Mac, tetapi juga kepada polisi monetari ECB. European Central Bank (ECB) iaitu bank pusat Zon-Eropah juga telah mengeluarkan minit mesyuaratnya pada Khamis yang menunjukkan beberapa ahli ECB agak bimbang dengan pengukuhan matawang Euro sebelum ini terutama sekali apabila EUR/USD mencapai paras harga 1.2500.

Dengan keadaan semasa pasaran yang agak berhati-hati dengan peritiwa 4 Mac, matawang Euro memerlukan pemangkin terbaru untuk menyokong semula kenaikan matawang tersebut terutamanya pair EUR/USD.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat